Wednesday, July 7, 2010

AKU INGIN BERKONGSI........

Hari ini aku menunaikan temujanji dengan doktor gyne pakar 5 Hospital Batu Pahat. 12.30 tengahari tiba giliran..doktor kata, masih ada sampel yang perlu diambil di dalam rahimku..kalau sebelum ini pepsmear telah menunjukkan keputusan yang baik, ujian kanser pangkal rahim juga baik..rasanya untuk apa pulak sampel dalam rahim perlu dibuat?? ah, ikut ajelah apa yang doktor sarankan..yang penting aku sihat dan tahu masalah ( kiranya ada masalah itu ).. akhir sekali proses yang perlu dibuat adalah buat scan untuk memastikan rahimku tebal lagi atau tidak..
Oleh kerana bidang perubatan ini bukan pakarku..aku hanya mencuri dengar perbualan doktor yang melihat papan skrin yang menunjukkan apa yang ada dirahimku... perkataan fibrod yang lahir menjadikan aku...................
sepanjang perjalanan balik aku berfikir....apa yang aku perlu buat kiranya benar aku ada fibrod??
sedih? nak ku kongsikan kesedihan ini dengan siapa?rasanya kali ini aku kena belajar terima dan simpan kesedihan ini sendiri...
aku teringat dengan rakan fbku malam tadi.. jawapan dari pertanyaan yang kukemukan bahawa bagaimana boleh mengandung jika tiada rahim menjadikan aku ingin berkongsi cerita dukaku ini dengannya........tapi.............aku akan tunggu waktu itu jika ALLAH mengizinkannya...

No comments:

Post a Comment