Wednesday, May 25, 2011

Di sini...

Di sini,
mata bertentang,
tapi saling tidak memandang,
berbicara mesra tanpa suara,
perasaan hadir
entah bila ia bermula
indah sungguh kata yang menyejuk
" kita sentiasa di uji....
tak tahu apa yang berlaku sebentar nanti.."
Subhanallah.. Engkau sebaik2 perancang, YA ALLAH.

MENANTI

Aku tak suka menanti,
kerana ada resah dan debar
Ada pertanyaan dengan jawapan:
jumpa atau tidak..

Aku benci menanti,
kerana ada bimbang dan sedih,
pada jawapan yang ada,
dia tidak dapat hadir..

Menanti..
siapa pun kita,
tetap akan melaluinya
kerana
Menanti itu adalah
detikan waktu..

DERITA ITU..

Derita itu,,
Menjadi indah
andai engkau tahu
ia hanya sekadar
putaran roda hidup..

Derita itu,
menjadi lebih sakit
andai engkau lupa
pernah merasa nikmat bahagia..