Wednesday, July 7, 2010

AKU INGIN BERKONGSI........

Hari ini aku menunaikan temujanji dengan doktor gyne pakar 5 Hospital Batu Pahat. 12.30 tengahari tiba giliran..doktor kata, masih ada sampel yang perlu diambil di dalam rahimku..kalau sebelum ini pepsmear telah menunjukkan keputusan yang baik, ujian kanser pangkal rahim juga baik..rasanya untuk apa pulak sampel dalam rahim perlu dibuat?? ah, ikut ajelah apa yang doktor sarankan..yang penting aku sihat dan tahu masalah ( kiranya ada masalah itu ).. akhir sekali proses yang perlu dibuat adalah buat scan untuk memastikan rahimku tebal lagi atau tidak..
Oleh kerana bidang perubatan ini bukan pakarku..aku hanya mencuri dengar perbualan doktor yang melihat papan skrin yang menunjukkan apa yang ada dirahimku... perkataan fibrod yang lahir menjadikan aku...................
sepanjang perjalanan balik aku berfikir....apa yang aku perlu buat kiranya benar aku ada fibrod??
sedih? nak ku kongsikan kesedihan ini dengan siapa?rasanya kali ini aku kena belajar terima dan simpan kesedihan ini sendiri...
aku teringat dengan rakan fbku malam tadi.. jawapan dari pertanyaan yang kukemukan bahawa bagaimana boleh mengandung jika tiada rahim menjadikan aku ingin berkongsi cerita dukaku ini dengannya........tapi.............aku akan tunggu waktu itu jika ALLAH mengizinkannya...

Monday, July 5, 2010

HATI SEORANG IBU
Ibu..panggilan yang lembut dan impian setiap insan bergelar wanita dan isteri.. Bagaimanakah bentuk hati seorang ibu:
1. Penuh dengan kasih sayang yang kerana perasaan ini boleh menutup segala kekurangan dan kelemahan anaknya..

2. Penuh dengan pengharapan yang kerana ini boleh melumatkan perasaan putus asa terhadap kekurangan anaknya..

3. Penuh dengan belas dan kasihan yang kerana ini boleh meruntuhkan tembok keinginan anaknya..

4. Penuh dengan pengorbanan yang kerana ini tidak pernah mengharapkan balasan kecuali anak2nya sentiasa dikasihani dan diberkati oleh Yang Maha Pencipta...
Isnin..Hari pertama aku jalani kehidupan biasa di minggu yang baru.. 6.00 pagi pelengkap kehidupanku berangkat ke tempat tugasnya..Kuiringi dengan kasih seorang isteri berserta doa: YA ALLAH, SELAMATKAN SUAMIKU..BERIKAN DIA KESEJAHTERAAN HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT..
Selepas hilang dari pandangan, aku menyiapkan diri sendiri untuk ke sekolah..
6.40 pagi.. awal hari ini aku keluar..dengan doa biasa : BISMILLAHI TAWAKWAL TU.......
Masuk pejabat, terlihat olehku seorang India..aku sangka pelatih atau guru baru, kusapa tapi dia bagai tak faham sapaanku..rupa2nya dia dari India...Hahahaha..
Waktu perhimpunan: Erni, telefon kerana HAIKAL HAZIM diluar kawalan..Bagai biasa, melihat aku, dia berkata: ubat, ubat.......
Satu lagi muridku yang boleh dikawal dengan aku saja: adik @betutu.. hari ini tak datang sekolah..bila ku telefon, maknya kata tak nak ke sekolah.. aku pergi ke rumahnya.. melihat aku tiba yang ketika itu dia sedang bermain dibangsal disebelah rumahnya terus saja masuk ke rumah dan pakai baju sekolah..Hah! mak bapaknya pun hairan macamana cikgu yang bernama SITI MARDIAH ini boleh melembutkan anaknya...